Wednesday, December 2, 2009

"Dia lebih berhak......."





Assalamualaikum…………



2 Disember 2009

Tarikh keramat bagi student uia. Result sem 1 08/09 keluar hari ni…..setelah bertungkus-lumus 3 minggu in exam week (bersengkang mata,copy note,discusiion, yang x pernah pergi libry pon melekat kat sana). Inilah harinya. Bagi yang ‘TOP SCORER” ini mungkin tak de pape bg diorg, tp yg t’KANTOI’ tuh…..perghhhh!!!!!!!!!hanya Allah yg tahu hati ni mcm mana…….(ssunguhnya Allah maha mengetahui segalanya di bumi). Honestly, ni la tyme yg x bes+x sedap utk ak. Jawab exam macam ape je rtuh……siap buat spot2 lg smpai da pkir nk jwab soklan pe dlm exam (jadi mat spot)…….hehehehh. org study 13 bab ak juz bce 10 bab. Alasan=watpe nk bace benda yg x kmpem kuar,baik skor yg kompem kuar.Tengok2 tyme exam kenelah jwab tajuk yg duk di”spot”kan tuh…amik ko Yeop………

Ramai sahabat2ku yg skor sampai dapat “dean list”. Rumate aka apetaah lagi. Syukur+Alhamdulillah coz ak masih hidup dan dikelilingi orang2 cerdik pandai. Tapi, ada jugak yang masih x skor & bwah 3 lg. siap ad yg ckap”x gune ar result cmni,belajar x tido siang malam ,solat x tinggal,tahajud aku bgun, Quran x tinggal.tgok2 dapat result cmni. Kalu nk ikutkan tengok la si “X” tuh study sket je, solat pon sekali dua sehari, Quran seminggu skali je pegang…..tup2 result kuar die dapat ‘dean list’ lg”……(mendalam maksud tuhhh)

Sebenarnya setiap perkara yg berlaku tu ada hikmahnya samada kita nampak atau tidak. Macam peristiwa 11 sept tuh, lepas kejadian tu, rmai non-muslim convert to Islam. Reason=diorang finally found the truth in Quran. Tapi dalam kes ni, Allah x bg tunjuk kat kite kenapa kte fail , kenapa kte x dapat CGPA bagus2. Setelah berfikir akhirnya dapat dusimpulkan memang, apa yang aku rancangkan tak menjadi seperti dirancangkan . Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambanya& DIAlah sebaik2 perancang…..subhanallah……

Pertama - Yang paling penting……percaya lah, Allah sayang kat kita sebenarnya. DIA rindu nak dengar kita bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kita alpa dan lupa padaNYA bila kita senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kita, takut jadi ego dan sombong kalau kita tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok bolalah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa. Umat islam sentiasa boleh!!!!!!!Gambate!!!!!




Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan follow jadual tu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup???? Renung2kan…….

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Niat tu kenalah pasang elok2. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke (teringat subjek transact..heheh) Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Dtg ke kelas pukul berape? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.

Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan? Percayalah pada Allah dan kemampuan diri kita ni……..kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan…? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Ingatlah, ini hanya kejayaan di Dunia sahaja macam mana kejayaan di Akhirat?????

-Kerana Allah-


p/s- segala yang baik datang dari Allah, segala yang buruk datang dari Hambanya yg hina dina ini......

Tuesday, December 1, 2009

chammy-chan....penggembaraan bmulaaaaaa!!!!!!!



hari
ini ak mula blajar utk mnulis blog.......(nice job bro!!!!)

hope bleh blajar smthin new n i"Allah akn bmnfaat utk diri&all ma frenz......
heheh...hbiskan mase cuti wat bnd2 bru...kalu x,dri jd x keruan la plak......
gmbate......!!