Thursday, November 18, 2010

sem 1 2010/2011 sudah melabuhkan tirai.sepanjang 3 bulan di kampus banyak sungguh menduga jiwa yang mudah runtuh ini.memang terasa menjadi "pelajar" universiti semester ini..mujurlah masih dikelilingi jiwa2 yang pelbagai watak di mahalah bilal e2.1. maka wujudlah kamus meng'hanjing" kite....sungguh!!! semester kali ini yerasa sungguh berat untuk dihabiskan.pelbagai cabaan,dugaan, serta rintangan perlu kuhadapkan.


dengan perlantikan sebagai MRC yang agak lewat pada semester ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada aku. ketika member2 rumate aku makan keluar bersama, aku bersama rakan MRC yang lain ber"meeting". ketika orang lain sibuk merancang aktiviti di hujung minggu, aku sibuk ber"proposal" untuk ALMANAC pada semester depan. Sory my friends2.....hope u guys understands...ini amanah yang aku terima dan perlu dipenuhi. pendek kata, semester ini penuh pengorbanan dan komitmen yang perlu dipenuhi.tapi, aku bersyukur atas segala ketetapan yang ditentukan ALLAH.ada hikmah disebaliknya......


okla,lastly....satu benda yang membuat aku jadi jiwa kacau.cuti kali ini memang tidak tenang aku dibuatnya.duk memikirkan 3 papers yang aku hilang punca. seriousy...."badly damaged" ever done in my life. ditambah pulak kantoi dengan DR Ibrahim, pergh........memang kacau betull jiwa ni. tapi,aku da berusaha yang sehabis baik, namun aku harapkan kejaiban yang dapat  AllaH berikan.

YA..AllAH...berikan aku kekuatan......

Friday, June 4, 2010

~~pengalaman hidup~~

alhamdulillah

syukur....terlalu banyak nikmat yang dikurnia tanpa dapat dihitung manusia.....


cuti sudah tinggal hampir sebulan lebih lagi. badan pun da mula naik sikit..huhuhuh...(rezki la katekan...).dalam masa sebulan ni aku terpaksa balik ke rumah dan berat hati untuk meninggalkan kem latihan rugby masum. lutut yang sakit membataskan peluang untuk bermain dan berlatih. tapi,itulah hakikat yang perlu diterima.

untuk mengisi masa lapang, aku bekerja part-time di restoran. kedai makan mee rebus dan rojak.biasela....nnti kalu ada program dapat juga guna skil22 ni untuk mmemantapkan skil katering ak dalam program. huhuhu....memang banyak pengalaman dan skil-skil baru aku belajar. daripada membancuh air, membuat mee rebus dan rojak, serve makanan, dan protokol2 berniaga.....semua aku sedang belajar dan terus belajar. bukan senang nak buat teh tarik sedap sampai tak dapat tido malam beb!!!tapi, semua benda tu dapat aku belajar dalam masa sebulan aku bekerja .walaupun gaji yang diberi tak seberapa kalau nak dibandingkan kerja di KL, tapi aku rasakan pengalaman yang diperoleh amat mahal dan tinggi nilainya.aku amat setuju dengan kata-kata ini:pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit".

mee rebus....(meleleh beb!!!!!)



antara benda yang sedang belajar ialah:

1)susahnya mencari rezki: aku lihat mak cik2 yang bekerja separuh mati untuk mencari rezki.ada yang janda, dan ada yang sorang ni terpaksa mencari wang untuk membayar yuran pengajian anaknya yang baru memasuki universiti. bayangkan rm1000 dikirim ke anaknya dalam masa seminggu untuk membeli buku-buku dan brang keprluan. sedangkan gaji yang diterima sebulan tak sampai rm 600
                                                            

 2)akibat mengabaikan pelajaran: ilmu sememmangnya aset bernilai. dengan ilmu manusia akan dimuliakn oleh makhluk dilangit dan makhluk di bumi. rata-rata pekerja yang bekerja semuanya tidak memiliki tahap pendidikan yang tinggi. semuanya hanya lepasan sekola dan terus bekerja. ketika bekerja di sini, aku berasa amat beruntung kerana dikurniakan nikmat ilmu. akibatnya sampai ke tualah menjadi kuli. alhamdulillah....aku tidak digolongkan di dalam golongan itu malah jauh lebih baik.

 tempat aku buat mee rebus dan rojak....hehehheheh



 3)belajar menghadapi stres: restoran yang aku bekerja ni memang popular di Teluk Intan dan menjadi tumpuan orang. setiap hari kalau tak dimaki, dikutuk dan dimarah memang tak sah. sape je yang tak bengang dan stress kalu kena maki setiap hari????mahu je ak bg penumbuk kat si lancang tuhhh. tapi,inilah proses pembeljaran yang dipelajaro untuk mematangkan diri,aku belajar cara untuk menangani kemarahan, stress, bos yang banyak komen dan mulut dan menenagkan diri. daripada hari pertama aku bekerja,seorang makcik berpesan:" kerja di kedai ni kena tahan sikit, msuk telinga kiri,keluar telinga kanan....jangan masuk telinga kiri,simpan dalam hati". memang betul apa yang mak cik tu katakan.kalau nak difikirkan balik, benda-benda ini amat berguna sebagai seorang pelajar dan "future employee".alhamdulillah.....


4)bekerja dengan pantas: setiap hari aku mesti bekerja dengan pantas. memang tak de masa nak lengah-lengah+lembab2.rase macam bekerja stye org JEpun plak. kalu telinga tu da kuat sangat nak kene maki, silakanlah buat kerja lambat-lambat. kadang-kadang berasa agak tertekan dengan benda-benda ni, tapi aku sentiasa memandang daripada sudut positif.kerana dalam kesusahan ada kesenangan.



 cukuplah untuk kali ini.moga segala usaha aku ini memperoleh keberkatan dan pahala. bekerja didunia untuk memperoleh kesenagan di akhirat.tetapkan niat dan terus istiqamah dengan kebaikan......

Tuesday, April 6, 2010

antara mabul dan jogja..........




cuti da mula....
no more laws books for 3 months....huhuh.....tapi,
rase rindu pulak dengan masa2 lepas......dalam kesusahan ada kesenangan....kadangkala terasa manis dalam kepahitan....apakandaya masa tak akan kembali~~~~~~~~huhuhu....bangun malam,stay up,discussion....

mabul@jogja???
membuatkan kepale aku peninn+serabut....bes+nak sangat g tempat-tempat ni.....dah memang suka travel-travel ni......dari dulu lagi, kalu tyme cuti jee xde mase sangat nak duk umah....tengok je ade duet g jalan kuar(outsation).....kadang2 cuti 2 minggu dapat duk umah dalam 3 hari je.....heeheheh...hurm....memang bes dapat travel ngan kawan2.....dalam agama kita pon Allah ada menyeru manusia untuk bermusafir+mlihat+brfikir tentang kejadian@ciptaan Allah...MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN SEGALANYA di MUKA BUMI......


mabul@jogja???
memang x de rezki aku la nampaknya......jogja aku kena lepaskan.....memang x boleh g laa.....aku kene pergi ke mabul jugak akhirnya...tiket dah di booking...rm300...huhhhh...xkan nak burn je....huhuh.......arghh....nampaknya lain kali je la aku bleh g...tp bila????entahlaaa(sob2)....WALLAHUALAM.....sesungguhnya ALLAH SEBAIK2 PERANCANG.......

**credit kat sahabat2;
kepada sahabat2 seangkatan(e, daniel,izzaz,acap,mawi,anas.....) all da best 4 ur 1 month journey......




mabul island???

ada apa kat sana??apa aku buat kat sana???
insyallah,dalam masa 1 minggu aku akan tinggal di sana untuk membuat sedikit khidmat bakti kepada saudara2 semuslim. antara program yang dirancang seperti membina perigi,membuat khidmat kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan berkhatan,menyalurkankan derma dan bantuan kepada penduduk di sana dan lain2. dengar cite nnti memang penat. syau la yang akan jadi tukang urut badan aku nanti.heheheh!!!aku berharap dapat memberikan sepenuh bantuan kepada saudara2 semuslim di sana. maklumlah, ni antara lubuk nak mencari pahala berterusan.hadis nabi(maksudnya);" apabila mati anak adam terputus segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu anak yang soleh,ilmu bermanfaat kepada orang lain dan sedekah jariah".berpegang kepada hadis ni aku yakin inilah antara jalan terbaik untuk ak membuat bekalan di hari kemudian.moga sedikit amalan kebajikan yang aku lakukan dapat menghapuskan dosaku, dan insyallah amalan ini dapat menjadi sebab ALLAH REDHA untukku mencium syurgamu YA RABB....
aku harapkan ketibaan di mabul dapat membantu saudara seislamku di sana....moga ALLAh berikan aku kekuatan untuk membantu saudara2 seislamku di sana.....

INSYAALAAHH....semoga aku mendapat yang terbaik di sana....
Allah sbaik2 prANCANG....

Tuesday, January 26, 2010

remaja vs fantasi....

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung seketika(5 saat ckup kowt). Tak kira lah dalam atau luar kampus, ceritanya sama sahaja. Tittle pelajar university+”international” +”islam” tak menjamin apa2 pun kelebihan. lebih-lebih lagi pelajar universiti ni dikalangan remaja yang berumur 20-an.Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja.nafsu membuak-buak memang sukar untuk dilenturkan. Inilah realiti dunia kita. Kita sama+serupa……. perkara yang ingin saya bawa kali ini bukanlah satu perbincangan yang pelik, malu, dan tidak sopan untuk dibincang. Pada pendapat saya, berpunca daripada perkara inilah ramai remaja-remaja muslim sekarang menjadi semakin lemah iman dan fizikalnya. Perkara yang saya ingin bawa ini adalah sekadar untuk memberi kita sedikit kesedaran dan perlu diambil perhatian untuk dibendung. Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada rakan2 mengenai permasalahan ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllahAtas rasa tanggungjawab sesama muslim, kita fikirkan bersama.

bagi yang tak mengetahui maksud Onani, Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani tidak kira antara lelaki atau perempuan. biasalah…..remaja ni suka mencuba tanpa memikirkan kesannya. Setahu saya, Punca kegiatan ini terlalu banyak untuk diungkapkan. Tetapi, berdasarkan pemerhatian saya biasanya antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. NAUZUBILLAH MIN ZALIK…..Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Daripada sudut agama islam turut membincangkan hal ini. Agama kita tidak akan membiarkan umatnya terumbang-ambing dalam menyelesaikan masalah. Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi)

Ada beberapa pandangan ulama yang saya ambil untuk dijadikan rujukan saya dalam perkara ini. Jadi, secara peribadi saya berpendapat pendapat para ulama mengenai hal ini patutlah didahului. Malah, dalam bidang perubatan turut mengatakan kemudharatan akan banyak diperoleh dapriada kebaikan.

dalam memberikan pandangan ulama, saya telah mengambil pandangan ahli sunnah wal-jamaah yang terdiri daripada 4 mazhab utama.

1 Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:

hukum=
haram mutlak.

Dalil =firman Allah Taala bermaksud:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).


2.Mazhab Hanafi:

hukum
= haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina.
harus apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

3.Mazhab Hanbali:


hukum =
haram onani.

Harus jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Kesimpulannya, sebagai pendapat peribadi, maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas. Masalahnya, apabila dikatakn ianya berdosa, masyarakat khususnya remaja tidak menggap ia sebagai satu ancaman kepada mereka kerana bab dosa pahal ni adalah perkara “sam’iaaat”.ia bergantung kepada iman untuk menilai.nafsu tidak boleh dipersalahkan apabila petunjuk QURAN,SUNNAH telah diberikan ALLAH.

Kepada para remaja, inilah lumrah dan fitrah bagi sifat remaja itu sendiri. Tapi, apabila tiba dalam bab halal dan haram, kita perlu peka dan sedar bahawa di dalam pengharaman itu terdapat kemudharatan yang tersirat. Untuk Menghindari Ketagihan Onani, ada beberapa cara yang boleh digunakan. Kita kena ingat bahawa, setiap masalah ada penyelesaiannya dan gunakanlah akal untuk menyelesaikan dan bukan hanya untuk membuat seribu satu alasan. Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

2. Berpuasa

3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

8.. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera

Sebelum saya menutup kata untuk post kali ini, renung2kan hadith nabi yang terakhir dapat saya muatkan dalam korum ini :

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.”
(Riwayat al-Tabrani).


p/s-ambil mn yg baek,sebarkn2 kepada org lain....






.