Tuesday, January 26, 2010

remaja vs fantasi....

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung seketika(5 saat ckup kowt). Tak kira lah dalam atau luar kampus, ceritanya sama sahaja. Tittle pelajar university+”international” +”islam” tak menjamin apa2 pun kelebihan. lebih-lebih lagi pelajar universiti ni dikalangan remaja yang berumur 20-an.Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja.nafsu membuak-buak memang sukar untuk dilenturkan. Inilah realiti dunia kita. Kita sama+serupa……. perkara yang ingin saya bawa kali ini bukanlah satu perbincangan yang pelik, malu, dan tidak sopan untuk dibincang. Pada pendapat saya, berpunca daripada perkara inilah ramai remaja-remaja muslim sekarang menjadi semakin lemah iman dan fizikalnya. Perkara yang saya ingin bawa ini adalah sekadar untuk memberi kita sedikit kesedaran dan perlu diambil perhatian untuk dibendung. Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapa pun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada rakan2 mengenai permasalahan ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllahAtas rasa tanggungjawab sesama muslim, kita fikirkan bersama.

bagi yang tak mengetahui maksud Onani, Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani tidak kira antara lelaki atau perempuan. biasalah…..remaja ni suka mencuba tanpa memikirkan kesannya. Setahu saya, Punca kegiatan ini terlalu banyak untuk diungkapkan. Tetapi, berdasarkan pemerhatian saya biasanya antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. NAUZUBILLAH MIN ZALIK…..Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Daripada sudut agama islam turut membincangkan hal ini. Agama kita tidak akan membiarkan umatnya terumbang-ambing dalam menyelesaikan masalah. Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi. (Riwayat al-Baihaqi)

Ada beberapa pandangan ulama yang saya ambil untuk dijadikan rujukan saya dalam perkara ini. Jadi, secara peribadi saya berpendapat pendapat para ulama mengenai hal ini patutlah didahului. Malah, dalam bidang perubatan turut mengatakan kemudharatan akan banyak diperoleh dapriada kebaikan.

dalam memberikan pandangan ulama, saya telah mengambil pandangan ahli sunnah wal-jamaah yang terdiri daripada 4 mazhab utama.

1 Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:

hukum=
haram mutlak.

Dalil =firman Allah Taala bermaksud:

Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).


2.Mazhab Hanafi:

hukum
= haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina.
harus apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

3.Mazhab Hanbali:


hukum =
haram onani.

Harus jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Kesimpulannya, sebagai pendapat peribadi, maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani (pendapat dari Mazhab Maliki dan Shafie) samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas. Masalahnya, apabila dikatakn ianya berdosa, masyarakat khususnya remaja tidak menggap ia sebagai satu ancaman kepada mereka kerana bab dosa pahal ni adalah perkara “sam’iaaat”.ia bergantung kepada iman untuk menilai.nafsu tidak boleh dipersalahkan apabila petunjuk QURAN,SUNNAH telah diberikan ALLAH.

Kepada para remaja, inilah lumrah dan fitrah bagi sifat remaja itu sendiri. Tapi, apabila tiba dalam bab halal dan haram, kita perlu peka dan sedar bahawa di dalam pengharaman itu terdapat kemudharatan yang tersirat. Untuk Menghindari Ketagihan Onani, ada beberapa cara yang boleh digunakan. Kita kena ingat bahawa, setiap masalah ada penyelesaiannya dan gunakanlah akal untuk menyelesaikan dan bukan hanya untuk membuat seribu satu alasan. Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

1. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

2. Berpuasa

3. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

4. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

5. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

6. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

7. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

8.. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera

Sebelum saya menutup kata untuk post kali ini, renung2kan hadith nabi yang terakhir dapat saya muatkan dalam korum ini :

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.”
(Riwayat al-Tabrani).


p/s-ambil mn yg baek,sebarkn2 kepada org lain....






.












No comments:

Post a Comment